Kucing Menyerap Vitamin D Ke Bila Berbaring Pada Cahaya Matahari?

Kucing Menyerap Vitamin D Ke Bila Berbaring Pada Cahaya Matahari? Cahaya matahari, jika dimanfaatkan dengan baik, sememangnya sangat berguna untuk setiap makhluk di dunia ini termasuk kucing. Berbeza dengan manusia, kucing tidak memperolehi vitamin D daripa cahaya matahari.

Eh bang bro, tapi kenapa kucing suka berjemur kat cahaya matahari?

Sebenarnya kepanasan cahaya matahari dapat membantu kucing kekal hangat secara tidak langsung dapat menjimatkan tenaga mereka. Kucing suka mendapatkan cahaya matahari untuk mereka tidur disebabkan keadaan ini dapat mengimbangi penurunan dalam metabolisme basal.



Manusia dan Vitamin D

Vitamin D merupakan vitamin yang akan menggalakkan penyerapan kalsium yang mana penting untuk pertumbuhan tulang. Di samping itu, ia juga membantu sel-sel untuk membesar, mengekalkan kefungsian sistem imun dan dapat juga mengurangkan keradangan.

Manusia boleh memperolehi vitamin D dengan tiga cara iaitu dengan mendedahkan diri kepada sinar ultraviolet dari matahari, makanan tertentu dalam pemakanan dan juga daripada makanan tambahan.

Apabila manusia mendedahkan kulit kepada cahaya matahari, vitamin D akan terwujud melalui sintesis. Vitamin D tidak di temui secara semulajadi dalam kebanyakan sumber makanan, maka, manusia perlu mendedahkan diri kepada cahaya matahari atau memakan makanan tambahan.

Antara sumber makanan yang ada vitamin D adalah kuning telur, ikan salmon, keju dan produk tenusu yang diperkaya dengan vitamin D.

Kucing dan Vitamin D

Kucing tidak memproses vitamin D dengan cara seperti manusia. Ini disebabkan kot bulu, kulit dan badan kucing tidak diciptakan untuk mensintesis vitamin D.

Kucing menperolehi vitamin D daripada pemakanan yang anda berikan kepada mereka. Pakar menyarankan tahap vitamin D dalam makanan perlulah berbeza mengikut peninkatan usia kucing.

Jika kucing anda merupakan anak kucing atau kucing betina yang mengandung, ia harus menerima sebanyak 750.0IU/kg (IU/kg = International Unit per Kilogram). Bagi kucing dewasa, jumlahnya akan menurun kepada 500.0UI/kg.

Secara kesimpulannya, vitamin D yang berlebihan boleh menjadi toksik kepada kucing yang mana akan membawa kepada satu keadaan yang dipanggil "vitamin D toxicosis" atau keracunan.

Disebabkan ini, memastikan makanan yang anda berikan kepada kucing mempunyai tahap vitamin D yang diperlukan adalah sangat penting. Selain daripada makanan kucing, memastikan kucing tidak mendapat akses kepada makanan tambahan adalah begitu penting juga. Pastikan anda tidak memberi vitamin tambahan kepada kucing melainkan doktor haiwan anda telah menetapkannya.

Antara simptom "vitamin D toxicosis" adalah kucing akan tiada selera makan, muntah-muntah, cirit-birit, kehausan yang meningkat, peningkatan dalam membuang air kecil dan juga kemurungan.


Rujukan:

- http://jn.nutrition.org/content/129/4/903.full

- https://www.fda.gov/animalveterinary/resourcesforyou/ucm047120.htm

- https://www.vetstream.com/treat/felis/diseases/vitamin-d-poisoning-(cholecalciferol)

- http://www.cat-world.com.au/vitamin-d-toxicosis-in-cats.html
Previous
Next Post »