Anak Kucing Dijadikan Hantaran Perkahwinan di Malaysia

Anak Kucing Dijadikan Hantaran Perkahwinan di Malaysia Kebiasaannya di Malaysia, majlis perkahwinan sering dilangsungkan pada hujung tahun oleh mereka yang telah bersiap sedia untuk melangkah ke alam rumah tangga.

Pelbagai adat resam perkahwinan orang Melayu yang akan dititikberatkan agar majlis dijalankan dengan begitu meriah. Mas kahwin dan hantaran merupakan elemen penting bagi sesetengah keluarga Melayu di Malaysia yang mana kebiasaannya akan memberikan sedikit bebanan kepada pasangan pengantin, akhirnya.

Dalam konteks Islam, majlis perkahwinan adalah sangat mudah dan tidak akan memberati para penganutnya dalam urusan pelaksanaannya.

Bercerita tentang hantaran perkahwinan, selalunya pengantin akan memilih makanan, pakaian, beg tangan dan kelengkapan yang lain sebagai pelengkap kepada hantaran kahwin mereka.

Namun sedikit berbeza dengan idea pasangan pengantin di Malaysia ini untuk hantaran perkahwinan mereka.

Mungkin, bagi merealisasikan majlis perkahwinan yang sedikit unik, pasangan tersebut telah memilih seekor anak kucing comel sebagai salah satu hantaran perkahwinan mereka.



Tersergam indah di dalam sangkar yang dihiasi dengan reben, bunga buatan dan sebagainya, anak kucing tersebut nampak seakan-akan begitu yakin dan tenang bagi melancarkan majlis perkahwinan berkenaan.

Sudah pasti hantaran unik ini akan menjadi bualan hadirin di majlis tersebut dan juga netizen yang melihat gambar yang telah dimuatnaik oleh mereka yang berada di dalam majlis yang dijalankan itu.

Adakah hantaran kahwin sebegini akan menjadi satu revolusi bagi pasangan yang ingin berkahwin di Malaysia kelak?

Apa pun diharapkan jodoh pasangan pengantin tersebut akan berkekalan sepanjang hayat.

Tahniah!
Previous
Next Post »