Abam Kembang Mencari Tempat Tinggal

Masih adakah sinar harapan buat abam kembang ini?


Kucing jantan berbulu kembang ini dikatakan telah ditinggalkan oleh tuan lamanya yang telah berpindah ke tempat yang lain. 

Walaupun ditinggalkan sendirian, kucing berbadan cantik dan berbulu kembang di ekor ini dikatakan agak setia menanti tuannya untuk datang mengambilnya semula. Namun sehingga kini tiada apa-apa berita daripada tuannya itu.

Jadi, sekiranya anda berada di sekitar kawasan Wangsa Maju SS1, berkemampuan dan ikhlas dapat menjadikan kucing comel ini sebahagian daripada keluarga anda, sila hubungi penjaga sementaranya di talian 013-6968769 untuk berbincang lanjut.

Previous
Next Post »