Tentang

Apa Benda KucingComelMeow.my Ni??

Kami di KucingComelMeow.my berhasrat untuk menjadikan website ini sebagai sumber kepada segala informasi tentang kucing yang boleh anda dapati di Malaysia. Selain daripada berita kucing, aksi kucing dan jenaka-jenaka hambar tentang kucing yang boleh anda dapati di sini, kami juga berharap dapat membantu anda yang suka untuk membantu kucing-kucing dengan ikhlas hati. Tidak kiralah tentang pengiklanan kucing jalanan, kucing hilang atau pun bantuan kos rawatan untuk kucing, kami sedia membantu anda dalam bentuk mengwar-warkan kehendak hati anda di sini secara percuma.

Secara ringkasnya, anda ke sini adalah untuk KUCING bukan kuda belang, mentadak mentadu dan seumpamanya walaupun perkara sedemikian ada juga dikongsikan di sini. Segala informasi yang dikongsikan, kami berharap yang anda akan mendapat manfaat dan terus menerus mencintai kucing.

Sudah pasti kami akan berusaha untuk memperbaiki kekurangan diri dari semasa ke semasa dan sokongan anda amatlah dihargai. Maaf jika ada video, gambar atau ayat-ayat yang mengganggu akal fikiran anda.


Apa Yang Anda Boleh Bantu?

Jika anda merupakan seorang yang berpengalaman dan berpengetahuan luas tentang kucing, anda sangat dialu-alukan untuk berkongsi ilmu anda di sini. Jika tidak, kami harapkan yang anda akan kongsikan segala informasi yang ada terutamanya berkenaan dengan Kucing Yang Mencari Rumah Baru, Kucing Hilang dan juga Bantuan Kos Rawatan Kucing yang semestinya memerlukan pertolongan ikhlas anda.


Bagaimana anda boleh menghubungi kami?

Seandainya anda mahu mencadangkan konten, ingin menghantar artikel, pertanyaan pengiklanan, memberi maklum balas tentang laman web; gunakan sahaja borang ini. Kami tidak boleh janji untuk respon kepada anda, tapi kami akan baca semuanya (asalkan mesej yang dihantar bukan dari spam bot). Maaf jika kami lambat respon.